[SINAR LIVE] Anwar PM10: Harapan baharu rakyat Malaysia

Kemelut parlimen tergantung akhirnya menemui penghujung apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 semalam.

Selepas berakhir upacara mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Anwar berjanji untuk menggalas tanggungjwabnya sebagai perdana menteri dan mengemudi negara berdasarkan kehendak rakyat.

Bagaimana beliau membawa harapan baharu rakyat Malaysia dan apakah cabarannya?

Saksikan diskusi Sinar Live bersama hos Hazwan Mokhtar dan tetamu undangan; Penganalisis politik, Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh; Presiden/CEO EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff; ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Bekas ADUN Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid jam 6 petang ini di semua platform digital Sinar Harian:

Facebook: https://bit.ly/3eRMif7
Portal: www.sinarharian.com.my
Twitter: https://bit.ly/3em9ymy
Youtube: https://bit.ly/3tieLju

#SinarLive
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia
#PRU15